Bandar Seri Putra terletak di Bangi yang mudah diakses melalui Lebuhraya KL-Seremban melalui tol Putra Mahkota.
Bandar Seri Putra berkeluasan lebih 364 hektar tersebut mula dibangunkan pada tahun 1996 dan kini sudah memiliki penduduk lebih 20,000 orang walaupun baru 80 peratus dibangunkan.
Pengarah Operasi UMLand, Zulkifly Garib berkata, Bandar Seri Putra mampu menempatkan 6,800 buah rumah pelbagai jenis dan UM Land telah membangunkan 4,500 buah dengan 99 peratus daripadanya telah dijual.
UM Land juga masih memiliki baki 81 hektar tanah di Bandar Seri Putra dengan 60 peratus daripadanya telah diperuntukkan untuk pembangunan pusat komersial bagi merancakkan pembangunan di bandar tersebut.
Untuk maklumat lanjut berkaitan pembangunan BSP, layari http://www.umland.com.my/.
