IKLAN

Sejak akhir-akhir ini kami menerima banyak pertanyaan dari mereka yang berminat untuk menyiarkan iklan dan promosi perniagaan di laman web Bandar Seri Putra ini.

Kepada yang berminat untuk mengiklankan produk anda di weblog BSP kami mengalu-alukan penyertaan anda. Dengan sedikit bayaran (yang digunakan untuk membuatkan weblog ini terus hidup), anda boleh mengiklankan apa sahaja. Kami juga bersedia mengiklankan perkhidmatan anda secara percuma sekiranya produk/perkhidmatan anda mempunyai nilai-nilai pendidikan atau tanggungjawab sosial untuk penduduk BSP.

Pihak admin (pengendali blog) berhak untuk mengiklankan apa sahaja produk/perkhidmatan yang difikirkan sesuai di weblog ini. Sekiranya anda mempunya sebarang pertanyaan, anda bolehlah berhubung terus dengan kami melalui form Hubungi di sebelah.


Maklumat lanjut pengiklanan seperti berikut:

1. Harga yang ditawarkan hanya RM20.00 sebulan.  Iklan yang dipaparkan adalah dengan menggunakan banner saiz 200 x 200. Banner perlu diemail kepada kami. Bayaran RM10 dikenakan jika anda ingin kami sediakan banner untuk anda (static banner sahaja, bukan flash format).

2. Ruang iklan yang disediakan ialah di sebelah kanan Weblog. Urutan kedudukan banner adalah tertakluk kepada tarikh pengiklanan terdahulu.

3. Sila maklumkan kepada kami tarikh iklan anda bermula (Setiap iklan layak untuk dipaparkan selama 30 hari dari tarikh iklan dimasukkan.

 
4. Iklan berbayar ialah iklan yang mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya iklan tersebut berkaitan dengan pendidikan, aktiviti kebajikan dan mempunyai tanggungjawab sosial kepada komuniti yang berkaitan, tiada bayaran akan dikenakan. Pihak kami akan menilai iklan tersebut terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.

5. Sebarang permohonan dan untuk maklumat lanjut berkaitan pengiklanan bolehlah hubungi kami melalui form Hubungi yang disediakan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails