Salam kepada semua warga BSP. Minggu ini mungkin ramai yang bercuti panjang sempena tahun baru Cina. Apa pun hari ini saya menyampaikan berita sedih iaitu salah seorang warga BSP iaitu Tuan Haji Sherif Bin Haji Abdul Rahman dari Putra Tropika (beliau pernah bertugas di Balai Polis Bangi BSP) telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini Ahad 14/02/2010 Allahyarham berusia 61 tahun dan masih bertugas secara kontrak di Balai Polis Bandar Tun Hussien Onn. Allahyarham telah meninggal dunia kerana sesak nafas di rumah anaknya di Taman Impian Putra dan dibawa ke Hospital Serdang untuk mengesahkan punca kematian.
Jenazah Allahyarham telah diuruskan dirumah anaknya dan dibawa ke tanah perkuburan BSP pada jam 3.00 petang untuk dikebumikan. Urusan pengebumian selesai lebih kurang pada jam 4.30 petang. Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dan semuga Rohnya ditempatkan disisi golongan orang-orang beriman, InsyAllah.
Amin Ya rabal Alamin.

0 comments:
Post a Comment