Salam Takziah

Salam takziah disampaikan kepada Tuan Haji Musa, Siak Surau AsSyakirin (tinggal di Putra Terrace, hadapan Kedai Haji Tapah) yang mana isteri beliau Puan Hajjah Fatimah telah kembali keramahtullah pada jam 11.50 pagi tadi (04/02/2010) di Hospital Serdang. Allahyarhamah telah dimasukkan ke hospital sejak sebulan yang lalu kerana menghidap barah usus.

Allahyarhamah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bandar Seri Putra selepas Solat Asar tadi. Semuga roh Allahyarhamah ditempatkan disisi golongan orang beriman.

Amin.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2009 - Bandar Seri Putra - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template