Pada mesyuarat AJK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, kita telah bersetuju supaya setiap Pengerusi Surau atau Pengerusi Persatuan Penduduk atau wakil Surau mengemukakan nama muslimah dalam qariah saudara untuk diserapkan ke dalam JK Muslimah. Nama hendaklah diserahkan kepada wakil Muslimah 1) Sharifah Fadzliah atau 2. Pn Faridah Musa sebelum 12hb Februari ini, supaya Wakil Muslimah dapat menganjurkan satu mesyuarat JK Muslimah untuk memilih Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari JK Muslimah sebelum mesyuarat JK Pembinaan Masjid. Wakil Muslimah akan melaporkan kepada AJK Masjid hasil mesyuarat mereka dan tindakan mereka dalam usaha mengumpulkan dana masjid.
Share









0 comments:
Post a Comment