Sejak akhir-akhir ini kami menerima banyak pertanyaan dari mereka yang berminat untuk menyiarkan iklan dan promosi perniagaan di laman web Bandar Seri Putra ini.
Setakat ini kami menerima pertanyaan sekitar Kajang, Bangi dan Nilai 3 untuk mempromosikan perniagaan mereka. Oleh yang demikian, kami ingin mengumumkan bahawa ruang iklan untuk web Bandar Seri Putra dengan rasminya dibuka kepada pengiklan.
Maklumat lanjut seperti berikut:
1. Harga yang ditawarkan hanya RM20.00 sebulan dengan konsep mengiklan sambil menderma. Buat permulaan bagi setiap iklan yang dipaparkan, 50% daripada bayaran iklan anda akan didermakan kepada Tabung Pembinaan Masjid Bandar Seri Putra dan bakinya akan digunakan untuk penyelenggaraan web Bandar Seri Putra ini.
2. Iklan yang dipaparkan adalah dengan menggunakan banner saiz 250 x 250. Banner perlu diemail kepada kami. Sekiranya tuan/puan memerlukan kami mereka bentuk banner, bayaran tambahan sebanyak RM15.00 lagi akan dikenakan untuk basic html banner 250x250).
3. Ruang iklan yang disediakan ialah di sebelah kanan Weblog (rujuk banner sample). Urutan kedudukan banner adalah tertakluk kepada tarikh pengiklanan terdahulu.
4. Sila maklumkan kepada kami tarikh iklan anda bermula (Setiap iklan layak untuk dipaparkan selama 30 hari dari tarikh iklan dimasukkan.
5. Iklan berbayar ialah iklan yang mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya iklan tersebut berkaitan dengan pendidikan, aktiviti kebajikan dan kerja sosial dan lain-lain yang berkaitan, tiada bayaran akan dikenakan.
6. Sebarang permohonan dan untuk maklumat lanjut berkaitan pengiklanan bolehlah email kami di admin@bandarseriputra.info.










0 comments:
Post a Comment