Apple Inc., syarikat yang mempopularkan iphone, ipod dan Macbook kini telah memperkenalkan satu lagi ciptaan yang ditunggu-tunggu oleh peminat gajet teknologi di seluruh dunia - iPad, sebuah tablet notebook yang mempunyai skrin sentuhan dan aplikasi yang sama seperti iphone kecuali fungsi telefon dan saiznya besar dari iphone tetapi kecil dari notebook biasa di pasaran.
Diperkenalkan oleh CEO Apple, Steve Job semalam di California, 'tablet-style' iPad sememangnya memberi kejutan kepada semua apabila harga yang diumumkan jauh daripada jangkaan penganalisis komputer, harga terendahnya ialah USD$499, tidak seperti jangkaan ramai iaitu melebihi USD$1000 sebuah.
Antara kelebihan iPad ialah aplikasi browse internet dengan menggunakan sentuhan, amat nipis dan ringan, kelajuan pantas dalam browsing internet, fungsi alihan vertical dan horizontal untuk skrin, dan banyak lagi.
iPad akan dijual kepada umum mulai bulan Mac 2010 ini. Mungkin penggemar Apple di Malaysia tidak sabar-sabar untuk mencubanya nanti. Untuk maklumat lanjut klik sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










0 comments:
Post a Comment